Pages

Monday 28 October 2013

Pengenalan



Setiap yang hidup pasti mati. Menjadi tanggungjawab setiap muslim menguruskan jenazah sejak dari saat kematian hinggalah dikuburkan di lahat. Rasulullah S.A.W. juga menggalakkan agar jenazah segera dikebumikan. Setiap muslim yang hidup bertanggungjawab menyempurnakan jenazah si polan dengan menyediakan, memandikan, mengapankan, menyiapkan keranda, menyembahyangkan dan seterusnya membawa ke kuburan. Sekiranya semua perkara tersebut dilakukan, Allah akan menganugerah dengan pahala ganjaran yang tersedia bagi mereka yang melakukannya.


Apakah Fast Barzakh???


Suatu projek inovasi yang dikomersilkan oleh pihak IKM Alor Setar. Idea ini terhasil daripada suasana dan hajat semasa di dalam pengurusan jenazah yang sedang dipraktikkan di negara kita kini. Sekarang ini keadaan memerlukan barangan yang segera, mudah dan sesuai digunakan untuk memenuhi tuntutan kehidupan semasa. Set barzakh ini adalah sangat sesuai digunakan bagi menyempurnakan jenazah saudara Muslimin kita.

                                                              

Objektif

Sebagai Memenuhi Inspirasi Kepimpinan Negara Kita Iaitu Dalam Menuju Ke Arah Sebuah Negara Berpendapatan Tinggi Menjelang 2020, Sektor Inovasi Perlulah Dipergiatkan Iaitu Projek Yang Boleh Dikomersilkan Mestilah Direkacipta Dan Dijual Ke Seluruh Negara Dan Dunia.



Fakta Rekaan


1. Rekaan Asli

2. Memudahkan urusan pengkebumian jenazah.

3. Produk ini telah lulus ujian ketahanan yang dijalankan keatasnya.

3. Diiktiraf oleh badan-badan profesional ciptaan inovasi peringkat nasional dan antarabangsa.



Kelebihan Produk


1. Komponen2 berada di dalam kotak.

2. Terus boleh guna. Fix and Play

3. Mudah alih, boleh dimasukkan di dalam sebuah bonet kereta.

4. Boleh diangkat oleh seorang remaja berumur 12 tahun kerana beratnya cuma 20 kg.

5. Manual pemasangan disediakan di dalam setiap kotak.

6. Mudah dipasang, ianya menggunakan skru self-tapping.

7. Panjang atau pendeknya boleh dilaraskan mengikut panjang mayat tersebut.

8. Saiz Fast Barzakh adalah seperti berikut:
a. Saiz S = 4' x 14"
b. Saiz M = 6' x 18"
c. Saiz L = 6'6" x 20"
d. Saiz XL = 6' x 22"

Set Kelengkapan jenazah disertakan di dalam setiap kotak iaitu kain kapan, kapas, sintuk, kapur barus, Air Mawar, Sabun





Barangan yang dijual adalah

1. Fast Barzakh










2. Set Kelengkapan Kematian




Untuk keterangan lanjut hubungi pengedar bagi zon utara Perlis dan Kedah Utara di nombor :
0195717917 En. Roslan
0195433337 Pn. Asmiza